16 December 2011

Jenis lelaki.


LELAKI

1. Lelaki yang EGO TINGGI
-Girls, tolong hati-hati. Memang siapa yang dapat lelaki macam ni, confirm muntah darah nak pujuk dorang. Kalau dia merajuk kan, biar je dia alone. Nak merajuk sangat kan? P lah hangpa duk situ sorang-sorang. Okay, sebenarnya lelaki ego tinggi ni nak perhatian yang lebih, dia tunggu girls pujuk dia tak putus-putus. Tapi kalau dah sampai girls menangis keluar air mata darah, please stop pujuk dorang. Cari lelaki lain okay. :>

2. Lelaki yang SENSITIF
-Danggg ada jugak tau lelaki yang macam ni. Susah betol nak ajak bergurau, tak boleh kalau tersilap sikit confirm dorang emo. Bhaha lelaki yang macam ni susah kot nak jumpa, pasal lelaki macam ni terlalu serius dengan hubungan. Taknak ada gurauan sampai boleh retakkan hubungan. Get it? Jadi girls, kalau dapat sidia yang sensitif, kena banyak bersabar. Dia mungkin terlalu serius, or ada masalah tersendiri. Cuba dekatkan diri dengan dia slow-slow.

3. Lelaki yang TAK FAHAM BAHASA
-Amboi kasar jugak aku tulis ni -.- Maaf boys, watlek watlek. Lelaki yang macam ni paling aku bengang sekali, sepuluh kali tanya baru dia faham soalan. Girls, belajar lah cepuk lelaki macam ni biar dia sedar sikit. Haha tak ah, kalau jumpa lelaki macam ni. Mmg girls kena bersabar lah, dia ni macam faham tapi buat-buat tak faham. Aku sendiri tak faham apa motif dia buat perangai tak faham bahasa ni. Kalau yang jenis - TAK FAHAM BAHASA yang pertama : Taknak lepaskan cinta, yang ni takpa lah untuk girls hihi. TAK FAHAM BAHASA yang kedua : Bodoh tak bertempat, lain orang cakap lain dia faham.

4. Lelaki yang BERDIAM DIRI
-Girls, dorang ada masalah lah tu. Jadi apa-apa hal kena pujuk dia elok-elok. Lelaki ni susah tau nak korek masalah dorang, bukan main susah sampai nak terkucil tahu tak. *tak sopan* Jangan terlalu mendesak, dorang boleh jadi makin serabut. So, up to him nak cerita ke tak, tapi kalau pujuk elok-elok mungkin dia cerita. Hee.

5. Lelaki yang SUKA BERI HARAPAN
-Haa yang ni yang ni yang ni mmg aku tak berapa nak suka. Girls kalau lelaki yang macam ni, kadang-kadang girls boleh rasa diri dorang bodoh. Sebenarnya tak, lelaki yang suka beri harapan ni dia sebenarnya memang nak sangat bersama dengan girls tapi ada sebab tersendiri kenapa dorang jatuhkan harapan girls. Dorang sebenarnya tak bermaksud nak hancurkan hati girls, cuma girls cepat buat keputusan tanpa dengar penjelasan then jadi salah faham. Sebab tu girls rasa diri dorang bodoh sebab tunggu si lelaki. Jadi, pesan aku untuk girls, JANGAN BERHARAP TERLALU TINGGI.

6. Lelaki suka BERMANJA
-Girls, nak bagitahu korang. Semua lelaki macam ni tau, percaya lah cakap aku. Hahaha dorang ni macam gila manja ah kalau dengan girls. Kalau boleh setiap saat pun dia nak bersama girls, boleh gila dorang kalau 1saat girls tinggalkan dorang.

7. Lelaki yang PANAS BARAN
-Girls, susah tau nak jaga hati lelaki yang panas baran. Even salah kecil pun dorang boleh maki hamun korang. Sedih kan boleh lelaki macam ni, tapi apadaya sila bersabar ye wahai girls. Kena pandai jaga hati dia kalau taknak dia marah. Kalau boleh slowtalk and pesan jangan terlalu panas baran. Boleh rosakkan hubungan tahu tak.

Kalau nak dibandingkan dengan sebaliknya yang aku tulis pasal lelaki ni, lelaki yang terbaik adalah lelaki yang terima kita seadanya. Lelaki yang ego rendah, sememangnya bagi aku dorang ni lelaki yang perfect, cuma kadang-kadang lelaki ego rendah ni boleh jadi OUT OF CONTROL. Susah jugak nak memahami lelaki ni, tapi aku punya pengalaman yang banyak. Jadi aku tahu lah jugak macam mana perangai lelaki ni tambah-tambah aku ada abang ramai. Haha.

_______________________________________________________________
LELAKI yang betul-betul cintakan PEREMPUAN

Apabila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas , perubahan sikapnya amat mengejutkan . Hati lelaki yang dianggap keras selama ini , tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya . Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya . Sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai . Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah . Di antara tanda2 lelaki yang jatuh cinta dgn hebat ialah :

  1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
  3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.
  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
  7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
p/s : [will be updated again]

0 love (s) me.: